Hari demi hari, aku dan Iskandar mula rapat. Hampir setiap hari kami menghabiskan masa bersama. Dari bertiga, kini kami sudah berempat. Iskandar pandai menyesuaikan diri. Itu yang aku cukup berkenan dengan dia. Azlan yang dulunya dingin pun sudah boleh bercampur gaul dengan Iskandar. Aku gembira dengan keadaan itu. Tapi untuk meluahkan perasaan pada Iskandar, rasanya belum sampai masa lagi. Kata orang, biar kenal hati budi dulu.
Seperti biasa petang itu aku menunggu di cafeteria untuk makan bersama Azlan, Izzah dan Iskandar. Baru sekejap menunggu, kelibat Iskandar sudah kelihatan. Aku melambai-lambai ke arahnya.
“Yang lain mana?” Belum sempat Iskandar duduk aku sudah bertanya. Tak sabar. Lapar sangat dah ni. Mana taknya, pagi tadi aku cuma sempat menjamah sekeping roti. Semua gara-gara tengok drama bersiri Korea sampai lewat malam. Bangun-bangun je dah pukul 7.40 pagi. Dah macam lipas kudung aku pagi tadi. Subuh entah ke mana. Yang paling tak tahan tu aku gosok gigi guna pencuci muka. Mamai kot. Hehe..
“Eh? Diorang tak mesej awak ke? Izzah kata dia dengan Azlan tak dapat makan sama sebab ada hal. Hal apa tak cakap la pulak.”
“Mesej? Saya tak bawak handset. Pagi tadi bangun lambat. Macam-macam barang tertinggal. Nasib baik beg duit ada. Kalau tak dah awak kena belanja saya. Hehehe..”
Iskandar tersenyum. Ditenungnya aku. Tak berkelip-kelip. Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Malu diperlakukan begitu.
“Belanja pun apa salahnya. Duit saya, duit awak juga nanti.”
“Hmmph mengarutlah. Dah, jom makan.” Aku cuba alih topik. Mana taknya, Iskandar ni macam nak goda aku je. Nasib baikla aku ni kuat iman. Chewah!
Habis makan, aku bersiap-siap mahu pulang ke hostel. Nak kemas segala huru-hara bilik sebelum Izzah balik. Kalaulah dia nampak katil aku berselerak, alamat berleter panjanglah mak cik tu…
“Eh? Nak balik dah ke? Nanti la dulu. Is ada something nak cakap dengan Atie.” Iskandar memberi isyarat mata meminta aku duduk kembali. Aku pelik dengan perangai Iskandar hari ini. Selalunya tak macam ni.
“Umm, Is… Is sebenarnya nak.. err, Is sebenarnya ada…”
“Ada apa?”
“Is sukakan Atie! Will u be my….special one?”
Aku terkesima. Rasa macam berpinar-pinar je kepala ni dengar Iskandar cakap macam tu. Mimpikah aku? Tiba-tiba semuanya gelap… Sayup-sayup kedengaran suara Iskandar memanggilku perlahan-lahan hilang…….
***********************
“Atie… Atie, awak ok?”
Mataku terkebil-kebil melihat sekeliling. Kat mana ni? Macam ward je. Aku cuba untuk bangun tetapi kepala terasa berat sangat. Aku lihat Iskandar. Rambutnya kelihatan kusut. Mata Iskandar merah macam tak cukup tidur.
“Awak tunggu saya dari semalam ke, Is? Kenapa tak balik? Susahkan awak je.. Hari ni takde kuliah ke? Kang nanti Prof….” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata jari telunjuk Iskandar melekap di bibirku. Iskandar memberikan senyuman paling manis buatku. Seolah-olah memberi isyarat ‘DON’T WORRY, ATIE’. Aku senyap.
“Awak jangan risau. Sekarang yang penting awak rehat je ye. Rehat sampai betul-betul sembuh. Okay?”
“Umm, ok.. Awak balik la dulu. Saya ok je kat sini sorang-sorang.”
Iskandar menggeleng-gelengkan kepala. Tak mahu menurut kehendakku.
“Balik wak.. dah bau macam ape ni haa.. Pegi balik mandi dulu. Hehehe..”
Iskandar mencemik. Tak lama selepas itu dia pun turut ketawa.
“Ok lah, awak. Saya balik dulu ya. Petang karang saya datang balik. Tunggu saya tau.” Iskandar mengenyitkan matanya. Nakal betul. Tiba-tiba aku teringat insiden semalam sebelum aku pengsan. Pipiku merona merah. Alamak…
*****************
*BERSAMBUNG...*
p/s: xleh update byk2 lak skang ni. dh start bz ngn research.. huuu :'( tp xpe, akan cuba abiskan gak sedaya mungkin. chaiyok2 iffa! hehe



2 comments:
wa.. kiutnye pemilik blog ni...
Salleh Gregor cakap, "Kepada Yang Berpuasa: Fuck You Off"
kiut ke? hehe..tq :">
Post a Comment