WeLCoMe To My BLoG! =)

FoLLoW BLoG SaYe NaK? HeHe =)

Saturday, September 25, 2010

CinTa DaLaM HaTi -ParT 5

Aku terpempan. Wajah Dr. Hadi di hadapanku kutenung dalam-dalam. Mengharapkan apa yang kudengar sebentar tadi tidak benar. Namun hampa. Tiada kata dua dari lelaki separuh abad itu. Air mataku mengalir perlahan-lahan. Ya Allah, tabahkan hati hamba-Mu ini!

***********************

“Atie! Atie! Sini!” Iskandar melambai-lambai ke arahku. Aku cuba mengukir senyuman sekalipun rasa macam terpaksa. Tak ikhlas. Kulabuhkan punggung ke kerusi bertentangan dengan Iskandar. 

“Kenapa tak bagitau Is yang Atie keluar wad semalam? Kalau tak boleh Is jemput…”

Aku tunduk. Senyap.

“Atie, kenapa ni?” Berkerut wajah Iskandar melihatku begitu. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku tak boleh buat Iskandar risau. Aku tak patut begini.

“Tak ada apa-apa lah Is. Cuma pening sikit je tadi. Umm, Azlan dengan Izzah mana?” Aku cuba tukar topik. Sepalit senyuman kulemparkan pada Iskandar. 

“Diorang datang kejap lagi. Kan baru pukul 12 ni. Kelas diorang habis pukul 12.30. Betul ke awak ok ni? Sekarang pening lagi tak? Awak MC sampai bila ni? Kalau tak sihat lagi tak payah la datang kuliah dulu.”

Aku memandang wajah Iskandar tepat. Ah, aku tak layak untuk dirisaukan, Is!

“Saya ok. Jangan risaula. Jom makan, wak. Saya lapar.”

Iskandar mengeluh. Sementelah itu, kami cuma menghadap makanan masing-masing. Tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut kami. Masing-masing terasa janggal. Mungkin Iskandar perasan aku dah mula dingin dengannya. Is, Maafkan Atie!

**********************************
“Hei, kau kenapa?” Azlan menarik beg galasku ketika aku cuba lari darinya. Marah benar dia nampaknya. Seperti biasa aku cuma mendiamkan diri.

“Atie, kau kenapa ni? Dulu kau tak macam ni. Kenapa kau jauhkan diri dari kami? Aku tak kisah kalau kau tak pedulikan aku, tapi kenapa kau tak tegur Izzah dah? Korang kan kawan baik! Dia menangis semalam sebab kau buat dia macam ni, kau tau tak? Iskandar pun. Dulu kau yang tergila-gilakan dia kan? Kenapa sekarang bila dia dah ada hati kat kau, kau jauhkan diri dari dia? Jawab Atie, jawab!”
Bertubi-tubi soalan ditujukan kepadaku. Aku cuma membisu seribu bahasa. Air mata yang ku tahan-tahan selama ini gugur jua. Azlan merasa bersalah membuatku menangis. Dia beristighfar panjang-panjang. Mungkin hati lelakinya tersentuh melihatku menangis.

“Atie… Kenapa ni? Cuba cakap dengan aku. Apa masalah kau sebenarnya ni? Cakaplah. Kalau boleh bantu aku bantu.”

Aku menyeka air mataku lantas berlari meninggalkan Azlan lalu hilang, tenggelam dalam kesibukan orang ramai.

“Atie! Atie! Ishhhh!” Azlan cuba mengejarku namun gagal. Ditumbuknya dinding bangunan perpustakaan itu. Runsing dengan kedinginanku. 

‘Aku tak mahu menyusahkan korang, Azlan. Maafkan aku!’ Rintihku dalam hati. Air mata yang jatuh perlahan-lahan ku seka pergi.

*******************************

p/s: mintak ampun mintak maaf..lm sgt xupdate..final year cmnila..hadoyaii..huuu sowiee... T.T

1 comment:

Unknown said...

haa? erkk.. lost jap...
nih yg nk kene bace dr mule nih...
(^_^)

Related Posts with Thumbnails