WeLCoMe To My BLoG! =)

FoLLoW BLoG SaYe NaK? HeHe =)

Sunday, July 28, 2019

Kahwin Lelaki Muda: Advantage or Disadvantage?

Assalamualaikum! Hye uolssss 😁 rasa cam rajin lak nak update blog yang dah bersawang ni hahah. 
Ya seperti yang dinyatakan dalam tajuk, tulah yang aku nak cerita hari ni. Ya, aku kahwin dengan lelaki yang muda 4 tahun dari aku. Dah jodoh, dan aku terima je. Tapi orang selalu ingat kami sebaya sebab muka aku babyface dan aku agak renek orangnya hahahaha. 

Best ke kahwin dengan lelaki muda? 4 tahun beza pulak tu.πŸ˜•

Best je. Asalkan kau amalkan teknik toleransi, give and take. Kalau kau yang bini nak amalkan konsep 'senior-junior', 'aku makan garam dulu dari kau' semata-mata laki kau muda dari kau, tak boleh lah. Kena respect each other gittew. Kena ingat jugak pangkat kita ni isteri je. Dia tu syurga kita. Hormat tu kena ada. 

Tapi kalau dia buat silap? Kena tegur juga kan.....

Tegur pun ada caranya. Cara macam mana? Haa kena tengok mood pasanganlah. Kalau time tu dia tengah moody hangin penat kerja jugak kau degil tak penyabar nak menegur, memang makan maki la jawab dia hahaha. Tunggu la lepas makan ke, tengah senang hati lepak- lepak depan TV, sambil-sambil duduk santai-santai tu, sua air sejuk segelas, intro elok- elok. Lelaki mana yang tak terima? Adalah kot kalau lelaki tu spesis gonjeng.πŸ˜‚

Ada masa pasangan tak matang? Yalah beza zaman beza pemikiran.

Adaaaaa... tapi aku pun ada masa tak matang jugak. Umur bukan ukuran untuk kematangan seseorang tu. Ada je certain part yang laki aku jauhhhhh lebih matang dari aku. Gittew. Well everyday is learning process. Kan? 

Yang bestnya kahwin muda ni, banyak benda zaman aku dulu yang dia tak pernah tahu aku boleh kongsi. Contohnya malam kelmarin, husband aku tengah tengok movie Spiderman yang mula-mulaaaa dulu. Keluar dalam tahun 2002. Aku ingatkan dia pernah tengok so aku spoiled lah ape yang jadi lepas tu, lepas tu sape mati bla bla bla. Husband aku tanya balik macam-macam, MACAM TU BARU FIRST TIME dia tengok movie tu. Bila aku tanya, ya dia jawab memang FIRST TIME DIA TENGOK MOVIE Tu sebab masa movie tu keluar dia baru umur 10 tahun! Kahkahkah, 

Aku rasa macam alaaaaa tak completenya childhood dia sebab tak pernah tengok The Amazing Spiderman πŸ˜‚πŸ˜‚ Esoknya ape lagi, aku suruh dia marathon cerita lama-lama, sequel spiderman yang best-best, Urban Legend, ehhh macam-macam lagilah. Merapatkan ukhwah suami isteri jugak sebenarnya.πŸ’•πŸ’•πŸ’•

My beloved anak ikan husband πŸ˜†


Psssttt: Diam tak diam, pejam celik dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah.. Nikmat mana lagi yang nak kami dustakan. Pendek kata pasangan kau tua ke muda ke kena terima seadanya insyaAllah semuanya akan ok. 😘 Dah tu je aku nak merepek. Daaaaa assalamualaikum! πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹

Monday, July 15, 2019

The New Me ;)

AssalamualaikumπŸ™‹πŸ™‹ Walaweii lama gila tak update blog πŸ™ˆπŸ™ˆ sejak pegang title isteri dan mak orang ni xmenyempat nak jenguk blog. Bersawang berhabuk dah rasanya. Ada ke lagi yang follow kita kekekeke.. syok sendiri je sis. πŸ™ˆ

Well, actually sis menulis kat blog lebih kepada sebab sis ni pelupa dan tak nak lupa kenangan manis dalam hidup sis. Dan entri-entri yang dah sedia ada ni sebenarnya banyak membantu sis sebenarnya tau. Contohnya macam kalau sis tengah marah shuben sis, sis baca balik entri lepas dan teringat kebaikan-kebaikan dia so tak jadi la nak marah lelama kekekekekeke.. ada yang macam sis tak hahahaha 😁😁

Jadi yang baru follow sis atau dah lama follow sis saja la nak cerita sikit apa yang jadi dalam 6 tahun ni. Macam-macam jadi. Tapi kita pendekkan cerita la ye. 

Ogos 2014- Sis menikahπŸ’–πŸ’–. Alhamdulillah, buat sederhana je. Yang penting barakah. Sis kahwin dengan lelaki yang sama kat header blog ni tau hehe. Alhamdulillah masih berjodoh sampai sekarang. Moga sampai ke Jannah hendaknya aminn..

Kurusnya sis time ni hukhuk 


Kahwin dalam 3bulan macam tu, sis keguguran.πŸ˜” Anak takde heartbeat. So kena cuci la. Tapi takpe. Maybe sis dan suami pun tak ready masa tu. Tak lama lepas tu, sis pregnant anak pertama. Mabuk biasa-biasa je. Tapi agak mengada-ngada jugalah. Sebab nak milo yang shuben buat je hehehe. Aci la kann bukan selalu. 😁😁


Bulan Oktober 2015, lahirla putera sulung sis. Naufal namanya. Sekarang dah nak masuk 4 tahun. Dia ni banyakkkkkkkkkkkkkk cakap ya rabbi. Nampak tak sis punya banyakkkkkkkkkkk tu macam mana πŸ˜†πŸ˜†Memang dia ni jenis tak berenti bercakap unless dia tidur hahaha. Tapi satu yang sis selalu terharu dengan dia ni, dia tak boleh tengok sis sakit. Kalau sis sakit dia asyik tanya,"mama pain-pain (sakit) lagi tak? Mama tak mau pain-pain lagi tau."Aduhhhh sape tak melting. Naufal memang sikapnya caring macam mama diaπŸ™ˆ πŸ˜

My big boy Naufal :)


Genap Naufal 1 tahun 3bulan, sis pregnant anak kedua. Perempuan pulak kali ni. alhamdulillah sepasang dah.. Ni nak masuk dua tahun dah. Naurah namanya. Lasak ya rabbi tak tau nak kata. Dan kuat makan macam walid dia tapi tak gemuk-gemuk. Sis rasa kenan kot sebab masa pregnant dia sis suka tengok Channel Mukbang Yuka Kinoshita, SAS ASMR, macam-macam mukbang channel lagi la. Ada kaitan ke? Kekeke. Dia ni teman gaduh sis. Adaaaa je sis nak nyakat dia. Maybe perempuan dengan perempuan kot. Takleh ngam haha. Tapi dengan walid dia manjaaaaa. Gerammm je sis tau hahaha. 😝
Tengok tu bergambar pun dengan makanan. Nampak tak betapa dia suka makan tu 😁


Lepas Naurah, sis  pun ada keguguran sekali tapi sis tak terkilan sangat. Unplanned pregnancy kan. Cukup lah besarkan apa yang ada ni dulu. Sis tak nak ramai-ramai tapi tak terjaga. Tu pada sis lah. Yang ada rezeki anak ramai Alhamdulillah. Bahagian masing-masing.😊So tu jelah keluarga kecil sis. My boring yet happy life hehe. Alhamdulillah. Lain kali ada masa sis update lagi. Untuk tatapan sis juga bila dah tua nanti 😊😊😊 Assalamualaikum 😘😘😘

My small family :)

Jangannnnn tegur sis gemuk ya Sis merajuk nanti T_T



Tuesday, December 31, 2013

Pengalaman Pertama Kena Operate

Pada tanggal 28 Disember 2013, aku dimasukkan ke ward sbb sakit appendicitis.. Sakitnye ya rabb, Allah jela yg tau.. Masa tu aku kerja petang. Aku start sakit pagi tu lepas breakfast kat bahagian perut belah kanan or in medical term, right iliac fossa region.. Tapi aku ignore je sbb aku slalu dh sakit mcm tu. cuma kali ni sakitnya berterusan. Jalan, makan pun sakit. Rasa nak muntah pun ade. Serius xselesa. 

Petang tu sbb rasa xselesa sgt, aku tanya Dr.Teoh, kenapa aku rasa sakit kat situ. Dr. Teoh suspect aku kena appendicitis terus suruh aku pergi bilik kosong untuk examine aku. Bile ditekan kat area right iliac fossa tu, perghhh aku rasa macam nak tepis je tgn dr. Teoh ms tu. sakit gile. Ni symptom appendicitis yg ketara iaitu guarding dan rebound tenderness. Dr. Teoh nasihat aku terus pergi emergency dept utk admit. Dia siap call ED bagitau aku nak admit. Tapi sebab time tu staff kurang and aku sebenarnye takut nak kena operate, aku clap dgn dr.teoh aku pergi lepas kerja..
Memang aku tahan sakit jela time tu.. 

Malam tu pergi je ED terus admit ke ward... Aku kena puasa malam tu jugak start pukul 12 malam.. Menyesal aku makan lunch je hari tu. lapaq xhengat.. Haha. Malam tu jugak hset aku abih battery, tunang aku plak asyik voicemail je sbb kt johor line xdak, wuuuuu rasa sadis gile time tu... Malam tu aku tidur 2 jam je.. Sebab sakit n anxious.. Takut kena operate.. T.T

Pagi2 lagi dr. Teoh dah dtg, examine aku.. Sebab masih sakit dia suh operste jugak.. Pagi tu jugak dalam 8.45am aku ditolak ke OT. Perghh nervous gilek.. Bila dr. Melvin pakar bius bagi aku fentanyl, aku dah start pening.. Berpusing2 mcm duduk atas laut. Pastu dr. Melvin bagi propofol. Lepas tu aku xingat apa2 dah. Memang dozed off terus.. Yang aku ingat kak ayu selak baju aku letak elektrode untuk monitor aku. Tu je.. 

Tak lama lepas tu staff OT bangunkan aku. Katanya semua dah selesai. Vision aku masa tu memang kabur sangat macam orang rabun xpakai spek. Aku cuma nampak bayang2 and dengar suara je.. Depa tunjuk appendix yang dah dibuang tu pun aku nampak tak nampak je. Tapi time tu memang tak rasa sakit. Maybe sbb kesan bius kot. Lepas tu aku memang meracau. Kejap bangun, tidur balik. Mimpi lepas tu tersengih2.. Aku sedar aku buat bukan2 tapi takleh kontrol.. Bius la katakan. Huhuu.. Mesti roomate sku yg tgh tgu kt tepi katil aku tskut tgk aku camtu.. Ahaha

Lepas 4 jam balik dari OT, aku cuba bangun sebab nak gi toilet. Nasib aku xpengsan. Walaupun pening2 tu still ade.. Tapi nak gi toilet punye pasal aku kuatkan jugak.. Mujur tak jadi pape.. Kebetulan time tu dr. Teoh datang, kecoh dia kat sstu ward aku dh berjalan. Haha.. 

Apepun syukur dah selamat semuanya.. Tapi sekarang perut aku bloated gile2 sebab bowel movemnt xaktif lagi.. Huuuu xselesa sangat.. Doakan aku cepat sembuh.. Maaf kawan2 sekerja yg terpaksa buat locum utk gantikan aku. Jasa korang semua Allah je yang boleh balas... Terima kasih semua yg dtg melawat, mak mertua aku yg tlg masakkan bubur, tunang aku yg sggup drive dr johor ke cheras semata2 nak jaga aku dan terima kasih tuk yg mendoakan dr jauh.. Anyway syukur semua dah selesai.. Sakit penghapus dosa insyaAllah :)



Wednesday, July 3, 2013

Aku bukan pokok :'(

Aku bukan pokok tempat untuk orang bergayut dan menumpang teduh!

Sekian.

psssstttt: Sesekali aku juga perlu tempat bergantung harap. Walaupun aku memang jenis berdikari orangnya, kadangkala aku juga perlu bahu untuk aku bersandar tika aku menangis. Tapi... kebanyakan masanya, bahu aku yang menjadi tempat bersandar. Dan aku...... penat, sungguh~ :'(


Related Posts with Thumbnails