Esoknya seperti biasa aku menunggu Iskandar pulang dari kuliah. Tepat pukul 5.00 petang mesti dia dan rakan-rakannya akan pergi ke cafeteria untuk makan. Ketika itulah aku dapat melepas rindu sekejap. Jam menunjukkan pukul 5.23 petang. Kelibat Iskandar masih tak kelihatan.
“Ish.. Mana pulak dia ni. Dah pukul berapa dah ni..” Aku mengomel sendirian. Izzah tiada bersamaku hari itu. Hisyam datang melawat dia di asrama. Terpaksalah buat operasi sorang-sorang. Haish…
“Awak buat apa tu?” Satu suara asing menyapaku.
Aku berpaling ke belakang. Iskandar! Apa dia buat kat sini? Alamak! Takpe, takpe..Cool Atie, cool… Aku tarik nafas panjang-panjang.
“Err.. Tunggu awak! Ehh, tak! Ttt..tunggu kawan!” Aku kalut tak tentu pasal. Gugup berhadapan dengan Iskandar. Kenapa ni?? Ishh…
“Oo.. Lama dah saya dok perhati awak tadi. Terjenguk-jenguk. Tu yang saya datang tegur tu. Hehe..” Iskandar tertunduk-tunduk. Ada semacam blushing di pipinya. Malu ke dia??
“Aahh.. Awak buat apa pulak kat belakang library ni?” Aku cuba menduga. Tengok Iskandar kalut semacam tu buat aku jadi berani pulak. Hahaha..
“Hmm, lalu kat sini je tadi. Betul.” Iskandar melarikan anak matanya. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan. Apa dia?
Oo.. Ok lah awak, saya minta diri dulu ya.” Aku teringat janjiku dengan Azlan mahu berbincang mengenai assignment di Kafeteria. Kelam kabut aku mengambil barangku dan berlalu dari situ. Rasa tak sanggup la pulak menghadap muka Iskandar lama-lama. Bagai nak pecah jantung ni berdegup rasanya!
“Ehh awak, nanti!”
Aku menoleh. Kenapa? Aku ada tertinggal barang ke?
“Nama! I mean, nama awak. Ape ya?”
“Atie! Umm, Suriati!” Aku memberitahu namaku lalu berlalu pergi. Saja tak memberi respons yang sepatutnya. Padahal dalam hati, berbunga-bunga riang!
********************************
“LAN!!!” dari jauh aku dah menjerit memanggil nama Azlan. Terasa excited pulak nak bercerita pasal insiden aku dengan Iskandar tadi. Hehe..
“Hoi awat pekik-pekik lagu tu?? Malu aku weh…” Azlan memandang sekeliling. Memang semua orang sedang memerhatikan kami. Peduli apa aku! Haha..
“Rileks la Lan.. Ni aku nak story kat kau…Tadi Iskandar tegur aku! Wohhaa!” Tersengih-sengih aku.
“Macam mana pulak dia boleh tegur kau? Bukan korang tak kenal ke?” Muka Azlan berkerut seribu. Tak puas hati.
“Entah. Aku tengah dok sekodeng dia macam biasa je. Tunggu punya tunggu tak de pun dia. Tup-tup dia tegur aku dari belakang! Terkejut aku weyh.. tapi nasib baik aku pandai cover. Tapi yang paling bestnye tu, dia tanya nama aku, Lan!! NAMA ok? NAMA!” Saja aku tekankan perkataan “NAMA” tu. Memang tengah excited tahap cipan dapat bunga.
“Nama je pun. Dia tanya nama kau nak bagi kat Pak Din kot. Kau kan STALKER! Hahaha..” Berderai ketawa Azlan.
Aku mencemik. Azlan suka bantutkan mood aku. Benci betul…
“Tak kisah la.. yang penting sekarang kitorang dah berkenalan. Setapak maju ke arah membina masjid bersama lelaki idamanku… Oh! Iskandarku sayang….”
“Heii dah, dah.. masjid konon. Ni siapkan assignment dulu. Lepas dah siap ni hang nak berangan bina masjid ke, banglo ke, sekolah ke, ape ke ikut suka hang la.”
Aku menepuk bahu Azlan dengan buku. Potong mood aku je.
“Eleh kau jeles…”
Azlan menjeling tajam ke arahku seraya membuka laptopnya. Kenapa dengan Azlan ni. Tak pernah dia macam ni. Dingin. Ishhh…. Pedulikan. Aku membuka buku rujukanku. Buat-buat tak nampak.
*************************
*TO BE CONTINUED...*



No comments:
Post a Comment