“Tu dia! Dia la Zah… Mari la tengok!” Aku menarik-narik lengan baju kurung biru Izzah. Izzah cepat-cepat menepis tanganku.
“Ish! Hang yang minat kat dia, aku pulak yang kena ikut sekodeng sekali. Jangan Atie. Karang kantoi habis satu kolej panggil kita stalker nanti. “ Kata Izzah sambil menoleh-noleh ke belakang. Takut tertangkap dek Pak Din, guard yang cukup terkenal dengan kegarangannya. Kalau la tertangkap…..
“HOI!”
Satu suara garau menyergah mereka dari belakang. Izzah melatah panjang-panjang. Macam-macam perkataan loghat Kedah keluar. Aku pun susah nak faham. Pedulikan. Aku menoleh ke arah suara itu. Rasa macam kenal je suara tu…
“Hampeh hang, Lan! Kalau aku kena heart attack tadi sah-sah aku jadi hantu kacau hang tiap-tiap malam!” Izzah marah-marah. Aku dan Azlan ketawa serentak. Lucu melihat keletah Izzah yang kalut tak tentu pasal tu.
“Haa..ni tak lain mesti sekodeng budak Is tu kan? Korang ni… Kalau la kantoi, mahu kecoh satu UKM ni..hahaha.” Azlan mengusik dalam ketawa yang masih bersisa.
“Ape pulak ‘KORANG’? Bukan aku, ni haa..si Atie ni. Tak habis-habis nak tengok putera idaman dia tu tiap kali lepas kuliah. Aku ni haa yang tiap hari balik kuliah kene paksa ngekor dia. Dah tu kena sergah pulak dengan hang, Lan. Pendek umur aku 2 tahun tadi tau!”
Aku cuma tersenyum melihat keletah 2 orang kawan baikku itu. Memang, hampir setiap hari aku begitu. Melihat curi-curi dari belakang bangunan perpustakaan kelibat si dia pulang dari kuliah. Bahaya, takut di kata stalker. Tapi aku tak kisah. Janji dapat melepas rindu melihat wajah yang kacak dan sentiasa tenang itu. Alahaiii, Iskandar!
“Hoi!” Izzah menepuk bahuku kuat.
“Berangan la tu. Hang tengok la kawan hang ni Lan.. Kritikal dah haa.. Nasib baik aku dengan Abang Sham tak macam tu.” Kata Izzah sambil tersengih-sengih sendiri. Dah macam kerang busuk dah aku tengok. Kalau disebut nama buah hatinya tu, mulalah senyum sampai ke telinga.
“Eleh, cakap aku ja. Kau tu pun sama kan.. tiap malam dok sebut-sebut nama Sham tu. Cium-cium gambar dia. Eii geli aku. Angau tak beringat!” Aku menjuihkan bibir. Asyik aku je kena bahan, mana aci!
“Eii dah, dah. Jom pi makan. Lapaq ni. Aku belanja, korang bayar. Hahaha..” Seloroh Azlan sambil berlalu ke Kafeteria.
“HAMPEH!!” Aku dan Izzah serentak menjawab. Seraya itu hilai tawa kami bertiga pecah memenuhi ruang legar belakang perpustakaan.
************************************




2 comments:
weh..ko buat sendiri ke nie? best r.....mcm profesional........
a'ah..wt sendiri..hehe..aku mmg suke tulis novel..cume malas je..hehehe
Post a Comment