Sebelum saya jumpa awak,
Saya tak kisah bersendiri.
Lagi saya seorang, lagi saya suka.
Saya tak mahu orang ganggu hidup saya.
Kadang-kadang, adalah juga rasa kosong.
Tapi saya tolak rasa kosong tu ke tepi.
Sebab tak ada siapa yang sudi isi..
Tapi bila saya mula kenal awak,
Saya mula kenal erti pentingnya berteman.
Mula kenal erti pentingnya berdua.
Mula rasa kosong bila awak takde.
Rasa mahu sentiasa bersama.
Tapi awak...
Awak jauh kat sana.
Awak senyum pada orang lain tapi tak pernah
senyum pada saya.
Awak ketawa dengan orang lain tapi tak
pernah ketawa utk saya.
Saya selalu curi-curi tengok awak, tapi
awak tak pernah perasan saya.
Awak cuma tunduk tiap kali saya lalu.
Tapi saya tak salahkan awak,
Sebab saya tak cantik mana untuk awak ambil
tahu.
Masa tu...
Dalam hati tuhan saja yang tahu
Betapa saya nak bercakap dengan awak.
Betapa saya nak ketawa bersama awak.
Betapa saya nak berkawan dengan awak.
Tapi nama awak pun saya tak tahu.
Macam mana saya nak mula berbual dengan awak
pun saya buntu.
Sampaikan tiap kali lepas solat saya
berdoa,
Andai awak untuk saya, maka dekatkanlah..
Andai awak bukan untuk saya, maka
jauhkanlah..
Sampai satu masa,
Lama juga saya tak nampak awak..
Masa tu saya fikir,
Mungkin Allah beri petunjuk yang awak bukan
untuk saya..
Saya redha.
Tapi dalam masa yang sama saya hampa.
Kecewa sebelum berjuang.
Masa tu dalam hati tuhan saja yang tahu,
betapa menyesalnya saya sebab tak tegur
awak.
Kalaulah saya punya keberanian utk tegur
awak dulu.
Kalaulah...
Kalaulah.........!!
Sampai satu ketika,
Bila saya dah mula berputus asa,
Saya ternampak kelibat awak semula.
Kita bekerja di syif yang sama!
Alangkah gembiranya saya...
Rasa nak meloncat-loncat suka!
Dalam diam-diam saya tekad,
Malam itu saya harus tahu nama awak.
Takkan jadi pengecut macam dulu lagi.
Saya harus usaha untuk dapatkan awak.
Walau dalam hati rasa gusar juga.
Mana tahu awak dah ada yang punya.
Malam tu juga saya jalankan misi saya.
Berlakon seolah-olah tak tahu awak kerja
malam tu.
Pancing berjaya- Oh, Zaidee namanya.
Senyum sorang-sorang dalam hati masa tu.
Malam esoknya,
Sengaja saya turun ke bawah,
Nak tengok awak curi-curi lagi!
Tengok-tengok awak kat sofa.
Tengah tidur.
Comelnya!!!!
Rasa nak peluk-peluk je!
Kalaulah boleh.....
Dalam mimpi jela mungkin.. Hmmm
Hampa lagi.
Setakat tahu nama apalah sangat yang boleh
saya buat.
Akhirnya hanya mampu kecewa sendiri. :(
Sampai satu hari,
Saya beranikan diri tegur awak.
Mujur juga awak layan saya.
Kalau tak mesti saya malu sendiri..
Rasa jantung nak meletup bila awak ada
dekat dengan saya.
Kalaulah awak tahu……
Mana tahu tiba-tiba,
Kita jadi kawan dan dalam masa sehari je,
Kita dah merancang utk bina masjid.
Sekelip mata je semuanya jadi.
Tapi sungguh saya bersyukur atas kurniaan
Allah pada saya.
Awak pemberian terbesar Allah pada saya..
Awak buat saya rasa gembira yang saya tak
pernah rasa dengan siapa-siapa sebelum ni..
Awak buat saya ketawa setiap masa.
Awak buat saya rasa yang cinta tu
saaaaaaaaaangatt indah!
Bukan derita macam yang orang lain kata.
Awak buat saya fikir yang hidup ni tak la
teruk mana.
Awak buat saya rasa lengkap.
Rasa yang kosong dulu dah terisi..
Kini saya dah tau apa yang saya cari.
Saya cari awak selama ni.
Dan sekarang saya dah jumpa.
Muhammad Zaidee bin Zulkiflee Leong,
Pada tarikh dan hari keramat ini,
Saya tetapkan hati saya selamanya untuk
awak..
Saya mahu jadi peneman hidup awak,
Teman celoteh awak.
Tempat awak ketawa, menangis…
Saya mahu menjaga awak, lebih baik dari
orang lain pernah jaga awak.
Saya mahu awak rasa lengkap dengan adanya
saya sepertimana saya rasa lengkap bila adanya awak.
Awak,
Andai benar ada jodoh antara kita,
izinkan saya menjadi permaisuri hidup awak
sampai hujung nyawa saya.
Sebab sungguh, AWAK YANG TERINDAH dalam
hidup saya.
Terima kasih sayang..
Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.
Terima kasih untuk segalanya…
Saya cintakan awak lebih dari segalanya.
I LOVE YOU!
Tinta hati,
Noriffa binti Mahyuddin,
11-10-2012, Khamis.


No comments:
Post a Comment