Tak taulah kenapa, dua tiga menjak ni aku asyik teringin nak makan itu ini. Mengalahkan orang mengandung. Haha.. Hari tu aku teringin nak makan mee kicap, cepat je tunang aku tunaikan permintaan aku.Ala-ala jin dalam pelita gitu! Hehe.. Then kelmarin aku teringin nak makan tutti frutti (sebab tengok kat majalah macam sedap je budak tu makan tutti frutti.haha), aku suarakan hajat aku kat incik tunang. Incik tunang senyap je. Aku ni dah kecik hati sebab dia tak bagi respons tapi takdela tunjuk. Aku senyap je.. Sampai laa semalam dia kata dengan aku dia teringin nak makan Baked Rice Pizza tu..Aku ikutkan jela padahal dalam hati dah fikir dah, ni kalau lepas makan kenyang mesti dia dah tak nak makan tutti frutti pun kalau aku ajak. Huuu. Aku ikut jela pergi pizza walaupun dalam kepala asyik fikir pasal tutti frutti. Hukhuk.
Habis makan nasi kat Pizza Hut, dia ajak aku jalan-jalan, shopping sana sini. Then tiba-tiba dia tanya, sekarang pukul berapa. Aku bagitaula dah pukul 4.30 petang. then dia cakap nak balik tidur sebab kerja malam. Aku dah hampa gila-gila kot time tu walaupun tak tunjuk.. Kecik je suara aku cakap belakang dia, "Tutti frutti saya mana...." Tapi takde jawapan sebab suara aku slow sangat dek kerana kekuciwaan melampau. Haha..
Tup-tup ontheway balik dia heading ke tasik tun hussein onn. Aku tak tau dia nak bawak aku pergi mana sebab aku bukan familiar pun dengan tempat tu. Sampai kat koridor rumah kedai tu dia suruh aku tutup mata aku. Aku dah gayat semacam sebab tak nampak ape pun kat depan. Terjerit-jerit sepanjang koridor rumah kedai tu. Macam orang gila meroyan pun ada. Haha.. Bukak-bukak je mata, TARAA!!
Tudiaaaa kedai tutti frutti habaq ang! Haha
Punyeeelaa aku senyum lebar lepas tu. Hihi.. Incik Jin Pelita Tunang dah tunaikan hasrat saya lagi. Terima kasih sayang~~~~~ Ni yang buat saya sayang kat awak sesangat ni! Huhuuuu ^.^



No comments:
Post a Comment