WeLCoMe To My BLoG! =)

FoLLoW BLoG SaYe NaK? HeHe =)

Wednesday, December 28, 2011

28 Disember 2011- Hari Pertama Bekerja

Assalamualaikum! Hari ni hari pertama bekerja.. Kerja kat rumah keluarga Wong-bekas patient aku kat HUKM dulu. Datang memang disambut dgn mesra la.. Serius sama mesra macam aku jaga dia time kt HUKM dulu. aku ni biasanya kalau dah lama tak jumpa payah sikit nak mesra balik. Tapi kali ni senang pulak. Huhu.. Mungkin sebab atas dasar  kerja jugak kot. Syukurla.. Kalo tak payah  la aku nak kerja.. Cuma sebab kerja tak banyak sangat rasa kadang-kadang macam bosan jugak. Mujur patient aku ni pandai je ajak aku buat apa-apa. Main iPad la, main monopoly la, ajak sembang lagi.. So tak la bosan sangat. Aku tak tau kenapa bila dengan dia aku banyak cakap. sebab biasa dengan lelaki aku ni gugup nak bercakap. sebab gugup aku lebih selesa diam je.. Special case sikit dia ni. Potpetpotpet je aku hari ni. Lebih kepada mengusik dia la. Haha.. Seronok sehh usik bos. Korang ada? Haha..

Sampai kat bilik aku, dia tunjuk pinggan, mangkuk, cawan, bantal dan hiasan bilik yang glow in the dark yang dia beli khas untuk aku. Siotla. Berapa banyak dia berabih untuk aku ni.. Siap upah orang cat bilik aku lagi ok? Macam tau je aku suka warna biru. Huhu.. Yang aku tak tahan lepas siap cat adik patient aku siap sapu dan mopkan bilik tu. Aku volunteer nak buat pun dia tak bagi. Aku tak tau nak cakap apa lagi dah. Memang baik tahap maksima la bos aku ni. Famili dia pun baik.. Syukur alhamdulillah..

Rutin kerja tak la berat sangat pun. Pagi tolong aunty cuci muka, lepas tu makan ubat sebelum makan. Lepas aunty makan bagi ubat lagi. Lepas tu aunty pun rehat.. Aku pun rehat jugakla. Maka sampaila masa aku menjahanamkan ipad patient aku tu. Wakaka.. Pukul 11 camtu aku lap-lap badan aunty. Dia tak nak mandi lagi sebab tak larat. So far larat jugakla aku angkat patient sorang-sorang. Mujur takde kes jatuh lagi.. Nauzubillah.. Jenuh aku nak menjawab kalau jatuh wei. Lepas tu aku pergi lunch dengan patient aku kat luar. Balik lunch solat zuhur. Habis solat bawak patient aku gi appointment akupunktur kat pekan Klang.. Balik tu bagi ubat, lepas tu solat asar, then rehat. Dalam pukul 8 lebih bagi ubat, lepas tu rehat lagi. Gile berapa banyak kali aku nak rehat daa.. Rasa macam tambah lemak je duduk sini. Hahaha

Solat? Memang takde masalah walaupun diorang ni berbangsa Cina.  Diorang yang lebih-lebih suruh aku solat bila dengar azan. Malu plak aku yang selalu jugak lambat-lambatkan solat ni. Astaghfirullah.. Hehe. Apa yang boleh aku cakap, so far so good la. Diorang ni memang baik. Kerja aku pun agak lancar dan aku pun agak puas hati la dengan kerja aku walaupun ms angkat patient td agak kekok sikit. Mana taknya 6 bulan dah tak angkat patient wei.. Moga hari-hari seterusnya dipermudahkan jugalah oleh-Nya, aminnnn... Doakan aku untuk esok yawww~ Assalamualaikum! ^.^

No comments:

Related Posts with Thumbnails