Saja nak bercerita ala-ala versi novel. Wakaka.. Nak menggedik sikit. Layan jela :p
23 Disember 2011- Aku tatap mesej yang diberi oleh anak saudaraku. Sepatah-sepatah aku baca. Aku telan air liur walaupun rasa susah nak telan. Pahit. Jantung aku berdebar kuat, macam rasa nak terkeluar. Aku yang memang dilahirkan sensitif ni dah mula rasa nak menangis. Aku mesej Ema, kakak yang paling rapat denganku. Aku tak nak call sebab aku tau kalau aku call, mesti aku akan termenangis. Kegembiraan aku sebab dapat kerja semalam mati. Keluarga aku tak restu kerja aku! Dan hari Ahad nanti bila aku pulang ke kampung aku akan ditemuduga berkenaan kerja ini. Jika tak elok pada mereka, maka terpaksalah aku menolak pekerjaan ini. Apa yang aku faham alasan mereka sebab majikan aku tu orang Cina. Racist! Aku dah menyumpah seranah dalam hati. Emosi dah mengatasi rasional. Aku istighfar banyak-banyak. Tak elok marah keluarga sendiri. Pasti mereka ada alasan mereka sendiri. Aku kena dengar apa alasan mereka dulu. Ini bukan aku. Syaitan dah ambil kesempatan atas amarah aku. Astaghfirullahal 'azim...
Aku raup muka berkali-kali. Mencari kekuatan yang tak tahu sedang main sorok-sorok di mana. Aku mahu pekerjaan itu. Tapi apa alasanku bagi meyakinkan keluarga itu kerja itu baik untukku? Aku buntu. Tak lama kemudian, lepas aku berteleku atas sejadah menunaikan kewajipan kepada-Nya, telefon berbunyi. Nama Ema terpampang pada skrin. Seperti yang dijangka, aku terus menangis tatkala ditanya kenapa. Ahh, lemahnya aku! Aku mohon izin bercerita menggunakan khidmat pesanan ringkas aka SMS. Sebab bila aku dah menangis, aku hanya mampu menangis. Takkan boleh keluar perkataan barang sepatah perkataan pun dari mulut aku.
Habis hantar mesej luahan hati (actually lebih kepada tak puas hati. haha), kakak aku call aku lagi. Diberinya kata-kata perangsang, moga aku kuat dengan dugaan ini. Aku mula takut. Apa yang harus aku jawab bila berhadapan dengan keluargaku Ahad nanti? Aku harus cari alasan kukuh. Tapi alasan untuk apa? Aku tak faham apa yang keluarga aku risau sangat sampai tak bagi aku kerja. Lantas jari ini laju je dail nombor mak. Mencari jawapan. Walaupun masa tu dah pukul 10.21 pm. Panggilan di sana bersambut. Mujur mak tak tidur lagi. Habis berbasa-basi bertanya khabar segala, aku pergi ke topik utama.
"Mak tak restu ke ucu kerja situ?"
"Mak tak tau la cu.." Lembut kedengaran suara mak kat sana. Mesti serba salah sebab nak jaga hati aku.
"Apa yang mak tak restu ucu kerja kat situ?"
"Orang cina la cu.. Makan macam mana. Nanti ucu tinggal rumah dia selamat ke... Dia tak bagi sembahyang ke nanti. Ucu kena masak untuk mak dia ke.."
Aku senyum je. Benda kecik-kecik yang difikirkannya. Itulah lumrah seorang wanita. Aku perempuan jugak, aku tau la.. Hehe.
"Takde papela mak.. Ucu kerja jaga mak dia, bukan jadi orang gaji."
"Mana ucu tau?"
"Tau la mak.." Serius sangat tak meyakinkan jawapan aku ni. patut la mak aku nak risau pun. Sebab aku pun tak tau betul ke aku tak perlu buat kerja-kerja tu.
"Abah sampai tak boleh tidur tau risaukan ucu." Mak luahkan kerisauannya. Aku mengeluh berat. Melepaskan nafas yang menyesak di dada. Rasa macam stress yang amat. Aku menganggur hampir 6 bulan. Bila dah dapat kerja ni takkan senang-senang aku nak lepas pergi? Aku mencari akal. Lantas aku terfikir bekas patient aku tu. Terngiang-ngiang kata-kata dia semalam. "Kalau ada masalah u boleh bagitau saya. Saya akan cuba figure out macam mana mau tolong u."
Aku tekad mesej dia. Aku beritahu semua masalah pada dia. Dan semuanya dijawab dengan cukup baik sekali. Baik pasal makan, solat, keselamatan, tempat tinggal...... Tettt.. tempat tinggal ni payah sikit. Personal nurse sepatutnya sentiasa ada bila patient perlukan. Ala-ala on-call nurse la lebih kurang. Tapi bila patient tak perlukan kau, kau akan rileks atau lebih tepat melanguk tak buat apa. Jadi bekas patient aku tu lebih senang aku duduk di rumah tu dengan mak dia. Senang nak cari bila diperlukan. Lagipun kalau duduk luar dia risaukan keselamatan aku. Dia takut aku kena rompak la, ragut la apela.. Aku pun takut. Haha.. Tapi aku suarakan juga kebimbangan ayah aku tu. Dia kata dia akan usahakan cari rumah sewa untuk aku kalau tu yang aku nak. Rasa bersalah pulak. Menyusahkan. Habis tu, nak buat macam mana lagi kan? Dah itu syarat yang abah bagi kalau aku masih mahu pekerjaan ini.
Tengah berkeluh kesah bersama Kak Esah tu, telefon aku berbunyi. Kakak aku aka Kak Yang mesej aku. Katanya minta aku buat istikharah. Moga lebih yakin untuk pertahankan apa yang aku nak walau ada bantahan. Aku angguk-angguk walaupun dia tak nampak. Lantas aku tidur sekejap, bangun buat solat sunat taubat, kemudian tahajjud, hajat dan akhirnya istikharah. Selesai istikharah aku berdoa. Meminta petunjuk dari Yang Maha Satu. Aku bermohon, kalau baik benda tu, permudahkanlah urusanku. Lembutkan hati ahli keluargaku. Dan kalau buruk benda tu untuk aku, jauhkan aku daripadanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui. Dan aku akur apa jua keputusannya nanti...
Hari Ahad, 25 Disember 2011. Hari mesyuarat keluarga yang 'dinanti-nanti' pun tiba. Aku dah berdebar walaupun aku buat cool je. Aku semat dalam hati, kalau ni ujian yang aku kena tempuh untuk dapat kerja ni, aku kena kuatkan semangat. Kena lawan dengan rasional, bukan emosi. Lawan dengan emosi, maknanya menempah perkataan "TIDAK" untuk meniti di mulut keluarga aku. Aku cuba tenangkan diri sambil fikir adik beradik aku yang lain yang menyokong aku untuk terima kerja tu. Aku tak keseorangan. Tapi aku fikir juga, kalau lepas meeting ni masih tak dapat restu juga, memang aku takkan terima. Sebab aku tak suka buat benda tak dapat restu. Tak ada barakahnya nanti. Pendek kata, aku tengok situasi macam mana nanti. Kalau situasi berapi tak bolehla aku nak tambah minyak petrol lagi kan. Alaa mat saleh cakap, just follow the flow. Jadi aku relax je. Walaupun sebenarnya nervous. Aku tak ingat berapa kali entah aku buat deep breathing exercise. Rasa sesak sangat. Rasa nak lari pun ada. Tapi ke mana?
Sampai je kat kampung, aku ditanya beberapa soalan. Semua aku boleh jawab kecuali dua ni; tempat tinggal dan soal pergi ke China. Alasannya susah aku nak cari makanan halal kat sana dan takut kalau ada panggilan temuduga kat sini. Aku fikir lagi, kalau dah rezeki aku benda tu takkan lari ke mana. Cuma cepat atau lambat je. Lepas aku terang soal U41 degree fresh graduates bla bla bla aka isu yang takkan selesai tu, soal takut kalau ada temuduga kerajaan kat sini tak timbul dah. Jadi tinggal soal tempat tinggal dan makanan halal di China. Habis perbincangan yang tanpa kata putus, aku ambil telefon bimbit aku. Beritahu bekas patient aku hasil perbincangan tu. Mesej berbalas mesej, sudahnya sampai satu mesej dari dia yang cukup memeranjatkan aku.
*P/S: pedulikan cinglish yang kami gunakan ini ye. Hehe
Dia: Never mind.. I'll talk to ur family by myself...
Aku: Wahh.. U so brave... Hehe. Thanx :)
Dia: Where is ur hometown?
Aku: In sekincan. Do u want to come to my house?
Dia: Yes...
Aku: When?
Dia: Maybe tomorrow. You stay at perak?
Aku: No.. At my hometown already.. Sekincan selangor..
Dia: Ok.. Give me ur address..
Aku: Bla Bla Bla...... Sekincan Selangor.
Lepas beberapa mesej mengarut....
Dia: If other people i already fire them.. Haha..
Aku: If i'm nobody u mesti tak baik macam ni kan.. So sorry.. :(
Dia: No la.. I will try my best to help u. Also help myself. Lagi u r my friend.. Haha
Aku agak terkesima di situ. Sangat terharu. Seriously boyfriend aku pun takkan berani buat macam ni. Datang jumpa family semata-mata nak dapatkan kepercayaan dan restu supaya aku boleh bekerja dengan dia. Dan atas sebab kami dah berkawan agak lama. Jadi memang dia nak tolong. Cuba kalau aku bukan kawan dia.... Mesti aku dah tanam anggur balik. Haha. Dalam terharu, aku berdoa, moga-moga urusan kami dipermudahkan esok. Aminnnn....
Hari Isnin, 26 Disember 2011. Aku kemas-kemas apa yang patut. Panas je muka aku diusik kononnya ada orang nak datang meminang. Macam hampeh. Haha. Sampai je patient aku tu kat rumah, dia disambut baik. Aku bersyukur famili aku sangat profesional bila berbincang. Well, that's my family! Haha.. Dan patient aku pulak, terus terang cakap nak abah percayakan dia. Sebab dia kata dia pun susah nak ambil aku kerja kalau abah tak percayakan dia.. Pandai pulak berbasa basi patient aku ni. Baguih bebeno.
Dia tanya abah apa yang abah risaukan. Abah kata yang penting aku selamat. Dia pun terangkan satu persatu, kalau aku tinggal kat luar, dia tak boleh guarantee keselamatan aku. Kalau tinggal kat rumah dia, dia boleh guarantee aku selamat. Lagipun kalau soal anak bujang ke apa dia memang selalu tak de kat rumah, jadi tinggal aku dengan mak dia je kat rumah nanti. Yang aku tak tahan nak gelak tu dia siap cakap kalau abah risau sangat dia akan hantar aku balik kampung tiap minggu, asalkan abah tak risau. Abah pulak tersengih-sengih dengar dia cakap macam tu. Adeii.. Tak penat ke nak hantar aku tiap minggu. Buang tebiat dia ni.
Soal makanan di China, dia kata dekat hospital tu ada tempat khas untuk klien Muslim, jadi makanan tu tak jadi masalah. Lagipun aku boleh belajar banyak kat sana. Banyak pengalaman baru yang aku akan dapat. Memang itu pun plan aku. Pergi China untuk tengok rawatan diorang kat sana. Mana tau aku boleh buat research tentang tu nanti. Bak kata Zura, belajar sampai ke Negeri China. Walaupun aku rasa takde kaitan pun apa yang dia cakap tu dengan situasi ni. Haha..
Ok, back to the story. Tak lama lepas patient aku cakap macam tu, abah tanya along aka abang sulung aku, setuju ke tidak kalau aku bekerja kat situ. Along kata dia lagi senang kalau aku tinggal kat rumah tu. Sebab dia pun tau pekan Klang tu macam mana. Teruk katanya. Teruk macam mana aku pun tak taula. Lepas tu abah pun pergi dapur. Aku dah naik risau sebab abah dah blah tiba-tiba. Tak setuju ke dia? Seminit dua lepas tu, abah pergi ke ruang tamu sambil senyum-senyum, duduk sebelah patient aku dan terus cakap, "Ok, saya izinkan." Aku dah nganga besar. Terkejut! Semudah itu je abah ubah fikiran. Ya Allah.. Aku rasa nak sujud syukur kat depan tu jugak. Syukur Allah lembutkan hati abah. Alhamdulillah!
Lepas tu aku pun sembang-sembang dengan patient aku tu.. Potpetpotpet sampai makan tengahari siap. Saja kasi diorang try makan masakan kampung kan. Haha. Tapi diorang kata sedap. Ekekeke.. Dah nama masakan mak aku, kompemla sedap! Hehe.. Habis makan, lepak kejap, then patient aku pun minta diri. Nyata hadirnya patient aku ke rumah aku hari tu tak sia-sia. Berbaloi-baloi. Aku dah senyum sampai telinga sebab dapat kerja. Tapi seronok, seronok jugak. Kena ingat pesan abah untuk jaga diri kat tempat orang. Kena ingat lepas ni aku ada tanggungjawab. Aku dah bekerja.. Ada nyawa yang kena aku jaga. Besar tanggungjawab lepas ni. Fuhh... Moga takde benda bukan-bukan jadi.. Permudahkan urusanku ya Allah! Aminnnn.... Chaiyok Iffa! Yoshh!
p/s: Nak dapat kerja punyalah banyak dugaan kan. Mujur akhirnya dapat juga. Mungkin rezeki aku memang di sini. Siapa tahu kan? Allah je yang Maha Tahu. Apa pun aku akan hargai kerja yang aku dapat dengan susah payah ni.. Gudluck untuk diri sendiri.. Selamat bekerja SN Iffa! ^.^



2 comments:
Alhamdulillah..susah jugak ye? lagi2 awak ni, naik motor seberang jalan pun ayah awak tak kasi. jaga diri elok2 ye kerja. tahniah2..doakan saya dpt kerja cepat jugak.
tau takpe.. haha. tak kire sape2pun, kalau dh nm parents tak sah la tak risau kan. hehe. sy doakan awak dpt kerja jugak.. kalo blh kt spital la. sy pun teringin nk keje spital.. tp dh ni yg dtg dl.. skadar nak amik pengalaman.. jadila kan? hehe
Post a Comment