WeLCoMe To My BLoG! =)

FoLLoW BLoG SaYe NaK? HeHe =)

Friday, May 10, 2013

Pandangan Kerdil Saya: PRU-13

Dah hampir seminggu PRU-13 berlalu. Sekarang baru nak bagi pandangan. Gila lembab. Haha.. Well, nak bagi pandangan perlu juga kaji sana sini kan. Hehe.. Aku memang suka bagi alasan. Ok, back to the topic. In my opinion, PRU-13 ni paling meriah selama aku membesar 25 tahun ni. Meriah baik dari segi pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tahniah pada yang menang, yang kalah cuba lagi 5 tahun akan datang. 

Pastinya siapa-siapa je yang melihat post-post aku kat facebook pasal politik, mesti akan fikir aku ni anti kerajaan dan pro pembangkang. Silap sama sekali. Aku, tak menyebelahi mana-mana parti waima parti bebas pun. Aku cuma mahukan kerajaan Malaysia yang bersih dari segala penipuan dan rasuah. Aku berharap sangat-sangat isu blackout, peti undi hilang, ada peti undi tambahan tak berlaku lagi supaya aku tak rasa waswas dengan keputusan pilihanraya 5 tahun lagi. Aku tak menuduh pemimpin-pemimpin kita menang dengan cara kotor, tapi biarlah korang buat rakyat rasa yakin yang keputusan korang menang tu memang tak boleh nak sangkal-sangkal lagi dah dan korang sebenarnye memang selayaknya menang.

Aku dah tak mahu dengar orang cakap, "Alahhh, kalau dah politik tu, memang tak lepasnya dari rasuah dan menipu ni". Pembohong tu semua. Nabi Muhammad SAW dengan sahabat-sahabatnya juga memimpin, juga bermain politik. Mereka tak perlukan rasuah dan menipu untuk memimpin. Cuma sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri mereka buat mereka jadi pemimpin yang hebat dan disegani. Kenapa kita pun tak boleh macam tu? Hidup semata-mata kerana mengejar duit? Silalah segan dengan Allah dan para nabi kalau kita ni hidup semata-mata nak mengejar duit berjuta je. Dunia ni sementara je. Tak ke mana. Akhirat juga yang kekal abadi.

Akhir kata dari aku,

Andai ada yang berasuah - hentikanlah.
Andai ada yang menipu - jujur-jujurlah.

Tak rugi anda berlaku baik dan jujur. Besar ganjarannya akhirat nanti. Baik kerajaan mahupun pembangkang, kalau anda baik, pasti aku akan turun mengundi 5 tahun lagi. Mesti!



No comments:

Related Posts with Thumbnails