Malam tadi,
Gadis kecil ini bermimpi.
Mimpi yang sedih.
Mimpi didatangi seseorang.
Tak berapa pasti itu siapa,
Gadis kecil ini mengejarnya.
Jauh gadis kecil ini berlari.
Lari, lari dan lari lagi.
Lantaran penat, dia terjelepok jatuh lalu menangis.
Menangis kerana tidak ketemu seseorang itu.
Tiba-tiba ada dua tangan memimpinnya ke kamar.
Gadis kecil ini terlalu penat untuk mendongak.
Gadis kecil ini terlalu letih untuk melihat.
Tapi dia tahu siapa yang memimpinnya itu.
Dia gembira, malah dia menangis kerana terharu.
Dia tahu dia tidak akan hilang seseorang itu lagi.
Tapi dia silap.
Sebaik baringnya dia di kamar itu,
Seseorang itu berlalu pergi.
Tanpa berkata apa-apa.
Sama seperti dulu.
Meninggalkannya tanpa berkata apa.
Jangan pergi!
Gadis kecil ini menjerit.
Tapi cuma dalam hati.
Yang kuat cuma sedu sedannya.
Seseorang itu tetap pergi.
Betapa gadis kecil ini merinduinya.
Sampai hati!
Sedar dari tidurnya,
Gadis kecil ini tetap menangis.
Dalam sedu sedannya dia terus berdoa,
Semoga dapat ketemu seseorang itu lagi.
p/s: Sekarang ni mimpi semua sedih2. tak mo tidur bleh tak? Adoiyaiii~ T.T
teknologi pendidikan
10 years ago



No comments:
Post a Comment