WeLCoMe To My BLoG! =)

FoLLoW BLoG SaYe NaK? HeHe =)

Wednesday, July 20, 2011

Cuti Yang Sangat Panjang.. Cepatlah Berakhir!

 Bismillah.. Assalamualaikum! ;)

Lama gile tak menulis kat blog. Tetibe hari ni rasa menggatal pulak nak menulis. Hehe..

Sedar tak sedar dah sebulan lebih gak la cuti ni. Bosan tahap dewa dewi dah rasanya ni. Mana tak bosannya, hari-hari rutinnya sama. Bangun pagi solat subuh, tolong mak buat breakfast, kemas rumah, buat kerja. Lepas tu dah tengahari tolong mak buat lunch, lepas tu makan. Lepas makan buat kerja balik. Petang masak lagi. Malam tengok tv pun bukan ada cerita yang aku suka. Sudahnya tidur je. Huhu. Hari-hari tidur awal, sihat tu. Haha.. Tu pun nasib baik aku dah cari keje awal-awal dengan www.baikpunyer.com tu. Kalau tak, tak tahu la mana nak datang duit bayar bil broadband ni bulan-bulan. Yela, mak aku mana bagi aku keluar cari keje. Pulaknya tu aku kata nak pergi kerja nak basikal. Lagi la dia tak bagi. Abis tu mak takkanla ucu nak naik motor? Start motor 4-5 kali pun belum tentu hidup lagi. Hoho..

Cakap pasal kerja ni, rasanya dah hampir 4 bulan aku kerja dengan Baik Punyer!. Best jugak kerja hiburkan orang ni. Seronok baca komen-komen orang kat entri-entri yang aku buat. Nak harap kat sini orang nak komen, haramla. Hihi. Almaklum aku bukan femes macam Baik Punyer! tu kan. Lagi bestnye sebab bos die sangat la sengal habis. Manala nak cari bos yang boleh buat gurau-gurau tahap maksima sekarang ni? Bos aku tu je  sorang kot. Aku kutuk pun dia gelak je. Haha.. Kalau aku buat macam tu dengan ketua jururawat, mau kene surat layang masalah disiplin. Hahaha.

Tapi kan, kengkadang ada gak rasa jeles bila kawan-kawan aku dapat kerja kat luar, jumpa orang luar.. Aku ni dok umah je balik-balik menghadap muka yang sama. Nak cari kerja kat luar, mak pulak tak bagi. Tapi pikir-pikir balik bes jugak duk umah ni. Mak ajar aku macam-macam masakan tau. Sekarang aku dah tak kekok pun nak masak. Tak de dah tanya-tanya mak aku "Mak garam banyak mana?", atau pun "Mak, dah cukup masak ke ni?" dan macam-macam ayat pertanyaan lagi la aku buat kat mak aku. Sampai mak aku pun naik rimas kat aku agaknya. Ehehe.

Yang bestnya tu tiap kali ajar masak ayat mak aku sekarang ni asyik-asyik "Esok bila dah kawen nanti...". Wahhhh, tu yang aku suke dengar tu! Haha.. Kire mak dah bagi green light nak kawen. Muahaha. Sebelum ni masa tak habis belajar lagi sebut je kahwin mesti muncung mak aku akan panjang sedepa lepas tu mata dia akan jeling semacam je kat aku. Tanda protes tu. Protes! Haha.

Sampai mana entah aku membebel ni. Hoho. Apa pun, harap-harapnya cepat-cepat laaa dapat keje sebagai jururawat. Aku dah tak larat duk umah ni. Semalam dek kerana bosan sangat aku gi marathon  filem Harry Potter yang dulu-dulu tu. Punyela bosan sampai tak tau nak buat apa. Sebab dah biasa buat kerja aku basuh baju, kemas umah, buat breakfast semua pukul 9 lebih dah siap dah. Lepas tu melongo tak tau nak buat apa. Nasib ada kerja ni. Kalau tak, mati kebosanan la aku. Cepat-cepat la dapat kerja! Aminnnn... Aku dah tak larat duk umah tambah lemak ni. Hukhuk (_ _")

No comments:

Related Posts with Thumbnails